BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas segala nikmat dan hidayah yang diberikan.  Jutaan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web Pejabat Audit Dalam atas daya usaha membangunkan laman web ini. 

 

Cabaran dalam aspek penyampaian maklumat di era perkembangan teknologi yang pesat sekarang ini adalah memastikan maklumat kritikal dan penting dapat disampaikan dengan cepat dan difahami dengan sebaiknya.  Laman web yang informatif dan lengkap adalah salah satu cara berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada golongan sasar. 

 

Diharapkan laman web ini dapat memberi maklumat yang berguna dan berimpak positif kepada seluruh warga universiti, khusus sebagai panduan agar dapat mengekalkan sistem kawalan dalaman yang berkesan dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran, selain untuk lebih mengenali audit dalam.  Saya amat mengalu-alukan sebarang soalan, cadangan atau komen bagi menambahbaik fungsi dan peranan audit dalam dari semasa ke semasa.

 

Terima kasih.

 

 

Alliza binti Ayob

Ketua Audit Dalam

Universiti Sains Islam Malaysia