Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan kata-kata aluan dan seterusnya selamat datang ke LAMAN WEB PEJABAT AUDIT DALAM, USIM. Sukacita saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web di atas usaha mereka membangunkan laman web ini.  Sesungguhnya penghasilan ini membuktikan bahawa betapa prihatinnya Pejabat Audit Dalam terhadap seluruh warga USIM dan secara tidak langsung mewujudkan satu pendekatan komunikasi yang lebih pantas dan berkesan melalui penggunaan Laman Web Pejabat Audit Dalam ini.  Sesungguhnya persediaan laman web ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat  ringkas kepada pengguna-pengguna tentang Pejabat Audit Dalam.  Dengan adanya maklumat yang kami paparkan ini, sedikit sebanyak diharap dapat memberi penjelasan tentang objektif dan peranan Pejabat Audit Dalam serta sebagai panduan yang berguna kepada semua pihak. Selain itu, ia juga bertujuan membantu pihak pengurusan memperbaiki serta meningkatkan sistem kawalan dalaman di Jabatan masing-masing supaya dapat memperlihatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan.

Semoga laman web ini akan dapat membantu meningkatkan pemahaman pengguna mengenai Pejabat Audit Dalam dan seterusnya membantu mempertingkatkan prestasi sistem kawalan dalaman di Jabatan masing-masing.  Saya juga mengalu-alukan sebarang bentuk idea dan maklumat untuk di kongsikan bersama dengan seluruh warga USIM dalam mempertingkatkan komitmen dan imej Pejabat Audit Dalam bagi memantapkan lagi proses pengauditan.  Diharapkan semua pengunjung dapat memanfaatkan input dan maklumat yang berguna ini sebagai sumber rujukan.

Sekian.

Hezan Shah Zainuddin

Ketua Audit Dalam USIM