Perjumpaan Bersama Pengerusi Interim Jawatankuasa Audit (JKA) yang Baharu, YBhg. Datuk Lukman Sheriff Alias
Satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama Pengerusi Interim Jawatankuasa Audit (JKA) yang baharu, YBhg. Datuk Lukman Sheriff Alias, bersama Ketua Audit Dalam serta warga Pejabat Audit Dalam (PAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Perjumpaan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan warga kerja Pejabat Audit Dalam, di samping memberi penerangan ringkas berhubung fungsi, peranan dan tanggungjawab PAD dalam memastikan tadbir urus, pengurusan risiko serta kawalan dalaman universiti dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkesan.
Sesi ini juga menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta membincangkan hala tuju dan harapan terhadap pelaksanaan fungsi audit dalam universiti bagi memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan.
Semoga pelantikan dan kepimpinan YBhg. Datuk dapat memperkukuh peranan Jawatankuasa Audit serta meningkatkan keberkesanan fungsi audit dalam USIM.