Bahagian Audit Dalam (BgAD) telah menyertai Pertandingan Ceria Merdeka sempena Minggu Kemerdekaan 2018.

Konsep 61 Langkah Merdeka diketengahkan sempena 61 tahun Malaysia Merdeka. Panel juri dibawa merentasi 61 langkah yang diselangi dengan pelbagai pengisian seperti  deklamasi  sajak daripada En. Mohd Azhar, Sudut Informasi, Kuiz Merdeka dan Tayangan Merdeka.

Keunikan ini menobatkan BgAD sebagai Johan Pertandingan  Keceriaan Merdeka 2018 dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1000.