Tujuan Kod Etika adalah untuk menggalakkan satu budaya yang beretika dalam profesion Audit Dalam.  Kod Etika merangkumi definisi Audit Dalam seperti tersebut di atas dan dua komponen penting lagi seperti berikut:
 
(a) Prinsip yang relevan kepada profesion juruaudit dan amalan Audit Dalam; dan
 
(b) Peraturan tingkah laku yang menerangkan norma kelakuan yang diharapkan daripada juruaudit.
 
 
 

Prinsip & Peraturan Tingkah Laku

1) INTEGRITI

Integriti juruaudit mewujudkan amanah dan ini menjadi asas untuk kebolehpercayaan ke atas pendapatnya

Integriti Juruaudit

(a)perlu melaksanakan tugasnya dengan ikhlas, rajin dan bertanggungjawab;

(b)perlu mematuhi undang-undang dan mendedahkan apa yang dikehendaki dari segi undang-undang dan profesion;

(c)tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang tidak sah atau melibatkan diri dalam perbuatan yang melanggarprofesion Audit Dalam atau organisasi; dan

(d)perlu menghormati dan menyumbang kepada objektif-objektif organisasi yang sah dan beretika

2) Keobjektifan

Juruaudit mengamalkan tahap keobjektifan yang tertinggi dalam pengumpulan, penilaian dan penyampaian maklumat berkaitan dengan aktiviti atau proses yang diperiksa. Juruaudit hendaklah menilai dengan saksama dalam semua keadaan dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan sendiri atau oleh orang lain semasa memberi pendapat

Keobjektifan Juruaudit

(a)tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perhubungan yang akan menjejaskan atau dianggap akan menjejaskan penilaiannya secara saksama.

Penglibatan ini termasuk aktiviti-aktiviti atau perhubungan yang mungkin bertentangan dengan kepentingan organisasi;

(b)tidak akan menerima apa-apa yang akan menjejaskan atau dianggap akan menjejaskan pendapat profesionalnya;

(c)perlu mendedahkan semua fakta material yang diketahuinya, di mana jika tidak didedahkan, mungkin menjejas laporan audit

3) Kerahsiaan

Juruaudit menghormati nilai dan hakmilik maklumat yang diterima dan tidak boleh mendedahkan maklumat tanpa kuasa sewajarnya kecuali terdapat keperluan undang-undang atau profesional

Kerahsiaan Juruaudit

(a)perlu berhati-hati dalam penggunaan dan perlindungan maklumat yang diperolehi dalam pelaksanaan tugas;

dan

(b)tidak akan menggunakan maklumat untuk sebarang faedah peribadi atau dalam apa cara yang melanggar undang-undang atau menjejaskan objektif-objektif organisasi yang sah dan beretika.

4) Kompetensi

Juruaudit menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam pelaksanaan perkhidmatan Audit Dalam.

Kompetensi Juruaudit

(a)hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional semasa menjalankan tugas;

(b)akan melaksanakan khidmat Audit Dalamberdasarkan kepada PiawaianAudit Dalam; dan

(c) akan secara berterusan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti khidmatnya.