Fungsi Bahagian

/Fungsi Bahagian
Fungsi Bahagian 2018-09-13T16:47:56+00:00
  • Mengkaji keperluan Bahagian Audit Dalam termasuk piagamnya.
  • Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam.
  • Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Bahagian Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar.
  • Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.
  • Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.
  • Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah.
  • Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang ketidakpatuhan yang berlaku dalam urusan universiti.
  • Memastikan bahawa Universiti sentiasa mengubahsuai perlaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.
  • Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa.
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan dan orang awam yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan untuk tindakan sesuai.
  1. Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
  2. Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi.
  3. Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut.
  4. Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
  5. Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut.
  6. Menilai kaedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkat penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan.
  7. Mengkaji perjalanan organisasi dan perlaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan sama ada ianya telah dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan.
  8. Menyelaras tugas Audit Dalam dengan Audit Luar.
  9. Bersama-sama merancang, mereka bentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek: (i) Ciri-ciri kawalan (ii) Ciri-ciri ketepatan (iii) Keupayaan merekod dokumentasi, supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya.
  10. Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Ketua Eksekutif dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan.
  11. Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit.
  12. Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan.
  13. Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh Badan Berkanun berkenaan telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya.
  14. Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya.
  15. Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:
  • Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting.
  • Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit.
  • Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan.
  • Perancangan kerja audit.
  • Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit.