06 Ogos 2025 – Dimaklumkan bahawa Perancangan Pembangunan Pelan Strategik USIM (PSUSIM) 2026–2035 telah pun dimulakan dengan penganjuran Sesi Roundtable Discussion (RTD) bagi membincangkan hala tuju dan pelan strategik Universiti bagi tempoh tersebut. Sesi ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Ogos 2025 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori

Sehubungan dengan itu, Ketua Audit Dalam dijemput hadir sebagai wakil Pejabat Audit Dalam, manakala Dr. Hafizah binti Marzuki akan mewakili Kumpulan Pragmatis dalam sesi tersebut.