PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI (USR): “PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH”

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Persatuan Kakitangan USIM akan menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah sebagai inisiatif untuk membantu anak-anak staf USIM yang bakal memulakan sesi persekolahan.

Melalui program ini, sumbangan berupa pakaian sekolah, kasut, beg, dan alat tulis akan diberikan kepada penerima yang layak. Program ini turut mendapat tajaan daripada Hong Leong Takaful Malaysia (HLTM).

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 6 Februari 2025 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: AEON, Nilai, Negeri Sembilan

Semoga program ini dapat memberi manfaat serta meringankan persiapan sekolah anak-anak staf USIM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini.