Tahniah diucapkan kepada En. Ashaari Mohd !!!
Majlis ini merupakan penghargaan kepada warga USIM yang telah menabur bakti serta menunjukkan komitmen cemerlang dalam perkhidmatan.
Tahniah diucapkan kepada En. Ashaari Mohd atas jemputan ke Majlis Sanjungan Budi 2024 yang diadakan pada 6 September 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM.
Pengiktirafan ini tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan.
Semoga terus sukses dan cemerlang dalam kerjaya! 🌸👏