18 April 2025 –
Pihak Audit Dalam ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Puan Alliza Ayob (Ketua Audit Dalam) dan Dr.Hafizah Marzuki atas kenaikan pangkat serta penerimaan watikah pelantikan pada hari yang penuh bermakna ini.
Kenaikan pangkat ini bukan sahaja satu penghargaan atas segala usaha, dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini, malah ia juga merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar untuk digalas.
Semoga dengan pelantikan ini, Puan Alliza dan Puan Hafizah terus cemerlang dalam melaksanakan tugasan, menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sejawat, serta menyumbang kepada kecemerlangan organisasi secara keseluruhan.
Akhir kata, sekali lagi tahniah diucapkan. Semoga terus maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan.
Sekian, terima kasih.