MAJLIS PENUTUPAN HEALTH PROGRAM 1.0 & PERTANDINGAN PENGURUSAN BERAT BADAN
Tahniah diucapkan kepada semua peserta Pertandingan Pengurusan Berat Badan, yang telah berlangsung dari September 2024 hingga Februari 2025. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan staf, dan kini telah mencapai penutupannya pada 28 Februari 2025.
Syabas kepada para pemenang serta semua staf Audit yang telah berusaha dan bertungkus lumus dalam menjayakan misi pengurusan berat badan ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan semua kekal sihat, cergas, dan bertenaga!
Terima kasih kepada semua yang terlibat! 💪🏼🎉