15 Mei 2023 – Satu majlis meraikan mantan Ketua Pejabat Audit Dalam yang telah berpindah ke Jabatan Bendahari sebagai Bendahari USIM.

Selamat berhijrah En. Hezan, moga terus sukses sebagai ketua di Jabatan baru. Terima kasih juga atas segala tunjur ajar yang diberikan kepada kami kakitangan Pejabat Audit Dalam.

Inang-inang padi Pak Daik,
Padi tak sama rupa bunganya,
Sungguhku kenang budi yang baik,
Tidak kulupa selama-lamanya.

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Syukran