Bahagian Audit Dalam dengan julung kalinya telah menganjurkan  Kursus Teknik Pengesanan Salah Laku Pekerjaan pada 11 dan 12 November 2019 di The Everly Hotel, Putrajaya. Penganjuran kursus ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai agensi. Sebanyak 27 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada agensi Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Shah Alam, UiTM, UIAM, UM, UNIZA, UNIMAP, UTeM, UTHM, UMT dan UNISHAMS.