5 Mei 2026 – Pejabat Audit Dalam telah diaudit oleh Pasukan Inspektorat DDMS 2.0 bagi tujuan penilaian pengurusan rekod dan tahap pematuhan penggunaan sistem DDMS 2.0.
Audit ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan rekod rasmi jabatan adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan serta penggunaan DDMS 2.0 dilaksanakan secara sistematik, teratur dan berkesan.
Skop penilaian merangkumi aspek penyelenggaraan fail, pengelasan dan penyimpanan rekod, pematuhan prosedur pengurusan rekod, serta tahap pelaksanaan penggunaan DDMS 2.0 dalam urusan pentadbiran harian.
Pejabat Audit Dalam komited untuk terus memperkukuh tadbir urus pengurusan rekod dan memastikan pematuhan terhadap amalan terbaik selaras dengan keperluan semasa.