11 Februari 2026 –

Lawatan Kunjungan Hormat delegasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Pejabat Audit Dalam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik serta perkongsian pengetahuan berkaitan amalan pengauditan, tadbir urus dan kawalan dalaman. Lawatan ini turut menjadi platform perbincangan serta perkongsian pengalaman dalam pelaksanaan fungsi audit bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi selaras dengan prinsip integriti dan akauntabiliti.