Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, kami bersyukur atas nikmat kesempatan berkumpul pada hari ini dalam suasana harmoni dan ukhuwwah.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik, rezeki yang berkat serta dipermudahkan segala urusan dan tanggungjawab kami sebagai satu pasukan.
Semoga tahun baharu ini membawa kejayaan, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, dan meningkatkan kualiti kerja serta integriti kami semua.
Terimalah doa kami, ya Allah.
Rabbana taqabbal minna, innaka Antas Sami‘ul ‘Alim.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.