Pejabat Audit Dalam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 21 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Audit Dalam, USIM.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama dalam penganjuran kursus fungsional jabatan bertajuk “Mengesan Rasuah dalam Perolehan Kerajaan”, khususnya berkaitan penyediaan penceramah yang bersesuaian. Sesi perbincangan ini diharap dapat memperkukuh usaha peningkatan kefahaman dan kesedaran berkaitan integriti serta pencegahan rasuah dalam pengurusan perolehan kerajaan.