19 Feb 2025 – Satu sesi perkongsian telah diadakan di Ruknu Arabi Perpustakaan yang dihadiri oleh dua panel jemputan. Panel 1 menampilkan Dr. Hammad Farhi, manakala Panel 2 ialah Dr. Hafizah, seorang Juruaudit Kanan dari Pejabat Audit Dalam.

Dalam sesi ini, kedua-dua panel berkongsi pengalaman mereka dalam menjalani pengajian PhD, termasuk cabaran yang dihadapi, strategi yang digunakan, serta motivasi yang mendorong mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Program Human Library Siri 1 ini pasti memberi inspirasi kepada warga USIM, terutamanya mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.