Program Mental Health Thrive & Shine Siri 2 ini merupakan program susulan daripada Program Mental Health Siri 1 yang telah diadakan pada 13 Jun 2024 bersama dengan Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendaftar. Program Mental Health kali ini diadakan di Melaka selama 2 hari 1 malam bagi meningkatkan hubungan kerjasama dan persefahaman di kalangan staf bagi menyokong dan meningkatkan semangat berpasukan.