30 April 2025 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Audit Dalam telah menganjurkan jamuan raya bersama Ahli Jawatankuasa Audit USIM pada 30 April 2025. Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Audit Dalam dan ahli JKA dalam suasana yang santai dan mesra.
Kemeriahan majlis dapat dirasai dengan kehadiran ahli jawatankuasa yang turut sama memeriahkan suasana. Pelbagai juadah raya disediakan, dan suasana penuh mesra diserikan dengan sesi bergambar dan perbualan santai antara tetamu.
Majlis ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan, malah menjadi platform tidak rasmi untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara Jabatan Audit Dalam dan pihak pengurusan universiti.