Servis perundingan dilaksanakan sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan. Lazimnya, penetapan skop perundingan tertakluk kepada persetujuan pelanggan. Terdapat dua pihak yang terlibat iaitu:

 (i) Penyedia servis rundingan – juruaudit dalaman dan

 (ii) Pelanggan yang memohon dan menerima servis perundingan. Juruaudit dalaman memberi perkhidmatan perundingan secara bebas dan objektif kepada para pelanggan.

Aktiviti Perundingan

Bahagian Audit Dalam dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian  Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) iaitu membuat verifikasi terhadap dokumen-dokumen sokongan bagi calon anugerah.
Pusat Pembangunan dan Kejuruteraan (SDEC) telah melantik Juruaudit daripada Bahagian Audit Dalam untuk menjadi fasilitator dalam pihak SDEC menjalankan Pengauditan Kendiri Perolehan ICT