Latar Belakang

LATAR BELAKANG

 Kerajaan Malaysia telah menyarankan bahawa semua agensinya mesti melaksana dan mempertingkatkan fungsi Audit Dalam melalui Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1993 dan Bil. 3 Tahun 1998. Unit Audit Dalam  yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Eksekutif Badan Berkanun tersebut.

Pada awal penubuhan, Mesyuarat Pengurusan Universiti pada Februari 2001 telah memutuskan bahawa Unit Audit Dalam diletakkan di bawah pentadbiran Canselori mulai Januari 2002. Bermula tahun 2011 Unit Audit Dalam telah dinaik taraf kepada Bahagian Audit Dalam.

PERANAN

  Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi. Objektif Audit DAlam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan dan proses tadbir urus.

Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada Naib Canselor mengenai sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti nya. Kepastian yang diberi oleh Ketua Audit Dalam adalah melalui pendapat profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalam dan proses tadbir urus.

Audit Dalam bukan merupakan tambahan atau pengganti kepada pihak pengurusan. Tanggungjawab ke atas kawalan dalaman untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian dan mencukupi diwujudkan tanpa mengambil kira aktiviti audit adalah di bawah pihak pengurusan.

 Bahagian Audit Dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988000, Emel: webmaster.audit[at]usim.edu.my/nooryusmazieha[at]usim.edu.my

Tarikh Kemaskini :  4 Disember 2017