Fungsi - m/s2

Bahagian Audit Dalam

  1. Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
  2. Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi.
  3. Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut.
  4. Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
  5. Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut.
  6. Menilai kaedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkat penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan.
  7. Mengkaji perjalanan organisasi dan perlaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan sama ada ianya telah dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan.
  8. Menyelaras tugas Audit Dalam dengan Audit Luar.
  9. Bersama-sama merancang, mereka bentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek: (i) Ciri-ciri kawalan (ii) Ciri-ciri ketepatan (iii) Keupayaan merekod dokumentasi, supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya.
  10. Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Ketua Eksekutif dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan.
  11. Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit.
  12. Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan.
  13. Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh Badan Berkanun berkenaan telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya.
  14. Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya.
  15. Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:
  • Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting.
  • Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit.
  • Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan.
  • Perancangan kerja audit.
  • Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit.

Juruaudit Dalam

* Pegawai untuk dihubungi :

i) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

ii) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

iii) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

iv) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

  • Meneliti dan mengawasi pematuhan kepada pengauditan piawaian dan etika perkhidmatan.
  • Mencadangkan dan memastikan program audit dan sasaran kerja tahunan dilaksanakan.
  • Menyemak dan menyelia kerja-kerja pengauditan oleh Penolong Juruaudit Dalam.
  • Menyediakan laporan audit dan bentangkan kepada Jawatankuasa Audit.
  • Merancang program latihan yang berterusan kepada kakitangan Bahagian Audit Dalam.

Penolong Juruaudit Dalam

* Pegawai untuk dihubungi :

i) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

ii) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

iii) Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

  • Mematuhi piawaian pengauditan dan etika perkhidmatan.
  • Membantu Juruaudit dalam menjalankan pengauditan.
  • Menyediakan laporan hasil pemeriksaan dan pemerhatian yang dilakukan.
  • Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Juruaudit Dalam

 Bahagian Audit Dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988000, Emel: webmaster.audit[at]usim.edu.my/nooryusmazieha[at]usim.edu.my

Tarikh Kemaskini :  4 Disember 2017