[BERITA] Pertandingan Ceria Merdeka antara PTJ USIM

Bersempena hari merdeka & hari Malaysia 2012, USIM telah mengadakan pertandingan Ceria Merdeka. Setiap PTJ dikehendaki menghias pejabat masing-masing. Bahagian Audit Dalam turut menyertai pertandingan ini dan telah mendapat Johan. Hadiah telah disampaikan oleh Datuk Hj Omar Abd Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi dengan diiringi oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Dr. Muhamad Muda dan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Kjp Datuk Wira Hj Zulkifli Omar ketika majlis CIPTA berlangsung. Johan telah menerima satu hamper dan plak.

 Bahagian Audit Dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988000, Emel: webmaster.audit[at]usim.edu.my/nooryusmazieha[at]usim.edu.my

Tarikh Kemaskini :  4 Disember 2017