[BERITA] Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.2/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.2/2012 telah diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh   : 21 Jun 2012

Masa     : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat LPU, USIM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh , Y.Bhg. Dato Dr. Wan Hashim Wan Teh, pengerusi Jawatankuasa Audit USIM. Hadir bersama adalah ahli jawatankuasa audit iaitu En. Mustafar Taib. Ahli-ahli dari Bahagian Audit Dalam USIM iaitu En. Hezan Shah Zainuddin; setiausaha jawatankuasa audit,Cik Nurul Khalis Md Zin dan Cik Intan Zurina Md Naain turut menghadiri mesyuarat.

Turut dijemput hadir adalah Pemangku Bendahari; En. Zairul Hisham Hj Ahmad Khulaimi, wakil API; Dr. Asma Abdul Rahman, Dekan PPS; Y. Bhg. Dr. Adanan Mat Junoh, dan wakil IFWMI & IHRAM; Pn. Nur Adlina Addenan.

Objektif mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan laporan audit bagi Akademi Permata Insan, Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Institut Pengurusan Harta & Kewangan Islam (IFWMI) dan Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM), serta beberapa perkara berbangkit.

 Bahagian Audit Dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988000, Emel: webmaster.audit[at]usim.edu.my/nooryusmazieha[at]usim.edu.my

Tarikh Kemaskini :  4 Disember 2017