[BERITA] WalQ sempena Majlis Perasmian Sambutan Minggu Kualiti & Inovasi USIM 2012

Pada 21 Mei 2012, bersempena Majlis Perasmian Sambutan Minggu Kualiti & Inovasi USIM 2012, staf BgAD telah turut serta dalam WalQ iaitu 'Berjalan Menuju Kualiti' daripada Bangunan Canselori ke DKP3 untuk meraikan majlis perasmian ini. Perjalanan dari bangunan Canselori turut disertai oleh staf-staf dari Jabatan Pendaftar & Jabatan Bendahari, dan perjalanan diketuai oleh Pendaftar USIM; En. Muhammad Haizuan.

Staf-staf yang terlibat secara langsung dalam aktiviti ini ialah En. Mohd Azhar & Cik Nur Faezah sebagai ahli Skuad Q; Pn. Siti Norfadhilah pula menyertai koir serta Pn. Radziah, Pn. Intan Zurina & Cik Nurul Khalis pula menyertai WalQ dan seterusnya menghadiri majlis perasmian Sambutan Minggu Kualiti & Inovasi USIM 2012.

 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung:

 Bahagian Audit Dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988000, Emel: webmaster.audit[at]usim.edu.my/nooryusmazieha[at]usim.edu.my

Tarikh Kemaskini :  4 Disember 2017