Lawatan 5S Ke Pusat Zakat Melaka

Pada 22 Mei 2012, satu lawatan 5S anjuran PPKPK ke Pusat Zakat Melaka telah diadakan dan dihadiri oleh staf-staf terpilih dari setiap PTJ di USIM, Bahagian Audit Dalam juga tidak terkecuali. Lawatan yang diadakan ini merupakan salah satu daripada pengisian aktiviti sepanjang Minggu Kualiti dan Inovasi USIM 2012. Bagi pihak BgAD, lawatan ini diwakili oleh penyelaras 5S BgAD iaitu Pn. Intan Zurina. Ketibaan rombongan Lawatan Amalan 5S USIM telah disambut penuh mesra oleh Kakitangan Pusat Zakat Melaka dengan diketuai oleh Tuan Hj. Ismail Hj. Hasim, Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka.

"Kerajaan Negeri Melaka amat menggalakkan setiap agensi Kerajaan Negeri untuk mengamalkan dan mendapatkan Pensijilan 5S. Sehubungan itu, kami di Pusat Zakat Melaka telah memulakan usaha itu secara konsisten dan komited sejak tahun 2009 lagi dan Kini Ibu Pejabat Pusat Zakat Melaka dan semua Pejabat Cawangan Pusat Zakat Melaka di sekitar Melaka telah memiliki Sijil 5S” ulasnya lagi.

 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam :

 

 Bahagian Audit Dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988000, Emel: webmaster.audit[at]usim.edu.my/nooryusmazieha[at]usim.edu.my

Tarikh Kemaskini :  4 Disember 2017